2010-07-01

Annur Fatini

Lagi 4 minit nak cecah 12:00 am 2 July 2010, Annur Fatini lahir ke dunia...."berhempas pulas" jugak ibu cuba nak keluarkan Fatini....alhamdulillah penat "berjuang" hampir tepat 1 jam, lahir jugak baby yang dinanti-nantikan....

Syukur tak terhingga dipanjatkan kepada Allah Taala. Terima kasih Ya Allah kerana anugerahkan kami sekeluarga baby yang sihat dan keadaan ibu yang sihat, walaupun penat.

Lahir di Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Bdr Baru Bangi...OK lah ambil bilik 1 bedded, siap ada bilik mandi, TV, air cond dan pemandangan ke arah Warta dan masjid Bdr Baru Bangi. Puas hati lah, bersesuaian dengan harga nya, syukur ada PMCare cover..just top up sedikit jer...apapun yang penting, semuanya dah selamat.

Seperti Danial dan Izzah, Annur Fatini pun kena demam kuning, cam adat lah bagi kebanyakan baby yg baru lahir...so carik susu kambing sampai ke ladangternakan di Puchong, terpaksa beli yg sebotol 500ml dalam harga RM20...ermmm agak mahal sebenarnya tu. Dah lah sejuk bedegang......

Minggu seterusnya dapat beli di Kajang, ladang ternakan Agro, berdepan dengan sekolah Sultan Abdul Aziz Shah dan tepi Highway yg nak ke Tesco Kajang tu. Dapat lah dlm harga Rm5 dan puas hati sebab pure punyer....



Nie lah dia budak cinonit tu....waktu nak keluar dari rahim ibu, suspen betul....sampai terpaksa doktor guna vakum, cuak jugak masa tuh , sebab doktor kata kepala baby mendongak, keadaan kedudukan senget...ibu kata semuanya mungkin berpunca semasa buat proses EDD, baring dlm keadaan mengiring, so baby dah lari kedudukan, katanya....

Masih tak luper, Haslizan lah antara yang selalu dan kerap follow up via SMS ttg samada Mimi dah bersalin atau tak...really appreciate lah sebab selalu tanya khabar....thanks Haslizan (andai anda membaca blog nie)....





Abang dan kakak (title anugerah terbaharu sebab title "Adik" dah diambil alih), yang setia menantikan kelahiran Annur Fatini...so biler si adik dah lahir, kenalah buat kerja lebih sikit, seperti membuangkan pampers, tolong ambilkan minyak YuYee, tolong ambilkan lampin adik etc....sebab....dulu asyik-asyik mintak adik, so dah dapat adik kenalah responsible ada leboh sikit...:)



Foto- si adik cam tahu jer foto dia nak di snap...siap senyum....kakak pun tak kurang jugak keayuannya tersenyum...excited dapat adik lah katakan....



Antara himpunan hadiah-hadiah yang dihadiahkan oleh mak,ayah,adik beradik,kawan-kawan dan jiran-jiran. Hanya Allah sahaja lah yang berikan ganjaran terbaik kpd tuan-tuan/puan-puan. Juga terima kasih atas segala ucapan sejahtera, doa dan harapan yg diberikan samada melalui verbally,SMS atau pun phone. Terima kasih.




 



Posted by Tintamaya on 2010-07-01
categories: | edit post

0 comments

Jgn X Cari !

Loading...

About Me

My Photo
Blog...Blogger...Bloggest..

Blog Archive

The Star Online: Nation

Harian Metro: Setempat

Count

Related Posts with Thumbnails