25 Aug 2010 - Kamera yang dah hampir 8 tahun guna buat hal pulak sekitar sebulan yang lepas. Kamera jenis Sony DSC-W50. Masa beli dulu dalam harga RM1099. Masa tu boleh kata OK dan canggih lah kamera tu. Tapi bila dah rosak, frust pulak rasanyer...apa pun kamera tu dah rakam kan beribu-ribu foto.

Problemnya dikatakan lens nya dah problem. Bila hantar pada Sony (branch Mid Valley), estimated charges nya ialah RM 249 ++ (plus plus - yang belum pasti berapa, tapi pastinya lebih dari RM249). So decide utk cancel repair. Burn lah duit RM20 (deposit bagi awal masa hantar kat Sony Mid Valley last weeknya) Sony tanya nak ambil kat mana (pilihan samada Sony Mid Valley,Times Square atau Damansara), refer to Ibu..Ibu kata better di Sony The Curve Damansara - tak sesak jalannya.

Danial try 3D virtual reality kat Sony The Curve Damansara.

Sebenarnya, pergi kesini selepas dari Exam OUM Ibu di Dewan Belia dan Kebudayaan Shah Alam. Pilih Sony kat sini sebab kat Mid Valley punyer, sesak sangat...nak sampai pun jem teruk...

3D@Sony

Ok jugaklah Sony punyer tempat service nie...not bad....tapi Sony punyer service charges - consider mahal dan potong leher punyer. Lain kali dah beli kamera lain, tak payah lah pergi semula ke principle company kalau kamera rosak, cari jer kedai-kedai atau pakar di luar yg tahu nak repair...

Selepas dari Sony, Danial dan Ija ajak ke MPH Bookstore pulak. Terjumpa kad Aidilfitri yang sangat besar...bukan nak beli tapi sajer jer tengok...teringat pulak masa dulu-dulu beli kad raya utk hantar kat mak, ayah, adik beradik dan kawan-kawan. Apa yang tak dapat dilupa ialah pantun-pantun standard - "Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas"...Rata-rata ramai yang guna template mcm tu atau seumpamanya, maklumlah zaman tu mana ada info yg lebih-lebih....

Ibu teruja tengok kad Aidilfitri yang  besar punyer...

Ibu : "Wah Besarnya !"
On the way balik, singgah di Pasar Ramadhan Serdang utk beli juadah berbuka puasa. Ermm... beli Nasi Ayam dan kuih-muih. Air plak - Air asam boi (permintaan Danial) dan air tebu.


Posted by Tintamaya on 2010-08-25
categories: | edit post

0 comments

Jgn X Cari !

Loading...

About Me

My Photo
Blog...Blogger...Bloggest..

Blog Archive

The Star Online: Nation

Harian Metro: Setempat

Count

Related Posts with Thumbnails