Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2007-11-19

Khutbah Wida'


Ini adalah khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W. Disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah Di Lembah Uranah, Bukit Arafah.





Foto:Pemandangan di Bukit Arafah, berduyun umat Islam sedang berada di atas bukit tersebut.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telh mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, malah berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, Sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, baahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-sekali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu du perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hambamu... ... ... ... ... .

◄ Read More ►
Posted by Tintamaya on 2007-11-19

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan
kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat
tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari,
akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha
mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan
daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam
dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan
sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat
sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil
makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang
lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH
akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk
menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian
terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga
jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH
dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau
membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan
sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu
pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu
jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5
jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada
malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang
dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan
minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerena padanya terdapat banyak
fadhilat.
Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10
kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat
lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa
jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya
makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa
seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat
sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan
duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu
kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat
subuh, Maghrib dan Isyak, ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang
bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain
membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan
dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga
kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali
sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan
memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya
fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan -
Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada
di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan
daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas
lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon
perlindunganNYA)
- Bukhari.

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi
menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu
mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan
terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi
berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang
terdedah aurat)
- Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat
berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada
baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) -
Abu Dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit
tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW
dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga
kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali
sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu
yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau
tersinggung)
- Bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap
selepas solat Asar pada hari Jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa
kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila
Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana
dibimbangi terpercik)
- Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat
sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100
kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan
bercahaya
- Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: Nabi selalu terima hadiah &
amat menghargainya
- Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan
bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu
sukarkannya
- Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith:
Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah
(sebagai tanda penghormatan)
- Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak
kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak
penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya
ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur
hamba terhadap ALLAH
- Abu Dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan
hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila
mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika
salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam
kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai
solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu
adalah sedekah.
-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan
senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha
yang berterusan.

◄ Read More ►
Posted by Tintamaya on

Merujuk info web, ramai jugak photographer yang minat konsep Night Shot.
Tak ketinggalan untuk RnD kan Night Shot.


Ini adalah percubaan memasukkan sebahagian pandangan kereta ke dalam keseluruhan tema Night Shot...so, inilah hasilnyer....


Bangunan dan tempat yang sama, EV yang berbeza dalam shot berasingan.


Foto diambil berdekatan Pejabat Perdana Menteri,Putrajaya - menggunakan Flash. Manakala foto kecil dibawah, di scene yang sama - tanpa Flash pula.

◄ Read More ►
Posted by Tintamaya on
0 comments
categories: | | edit post

Salah satu shot yang saya gemari ialah shot mendongak ke atas (ntah aper panggilan / term dlm photography nie)...Alhamdulillah sesekali dapat jugak sedikit nasihat/tunjukajar dari Zan (T.kasih).

Menurutnya, antara foto yang menarik ialah shot bangunan diambil dari pandangan bawah menampakkan perspektif turus bangunan di samping langit yang biru tanpa awan.

Berikut dibawah ialah beberapa shot yang saya telah snap.


Yang nie di Kelab Perahu Putrajaya - tak lah gemar sangat output yang nie tapi boleh lah....sebagai amatur lah katakan....(merendah diri sikit)...


Di Times Square - My daughter as the model...


OK, yang nie agak puas hati sikit, langit adalah biru dan dapat include sedikit tumbuhan....di Hotel Le Meridien KL


Shot di hotel yang sama but from different angle...ada kesilapan sikit sewaktu select features camera, so foto agak kelam dan gelap...


Pemandangan Apartment Putra Harmoni, Presint 9, Putrajaya.

◄ Read More ►
Posted by Tintamaya on
0 comments
categories: | | edit post

Kekadang feel impress dengan pemasangan lampu, mentol dan teknik pencahayaan di design pihak decorator bagi tempat² eksklusif cam di hotel, bangunan kerajaan dan bangunan awam/swasta.

Pencahayaan yang cantik membantu kita dalam mendapatkan shot photo yang menarik. Kita jugak boleh mimimize atau lebihkan features kamera digital untuk sentuhan yang lebih asyik.

Foto-foto berikut (dibawah), shot yang sempat di snap tatkala support event di Hotel Le Meridien bersama Haslizan. Biler masa free jer, terus snap sudut-sudut yang disukai tapi, belum tentu disukai orang lain terutama mereka² yang pakar bidang photography nie...




Foto kiri:Ala-ala di negara Arab...


Siri foto yang diambil dengan shot flash berbeza (Full, Semi) dengan bantuan Exposure Value (EV) yang berbeza.

 
Jangan salah anggap yer, ini bukan penjaga disini, sajer posing depan pintu masuk

 
Cantik !


 Haslizan sedang meneroka view yang menarik di hotel nie

Ala-ala air terjun pun ada di aras atas

Pemandangan KL Sentral nampak direct dari hotel Meridien


◄ Read More ►
Posted by Tintamaya on
0 comments
categories: | | edit post

Berikut ialah beberapa foto dimana saya cuba aplikasikan penggunaan Macro Mode juga Focus dari jarak tertentu seperti 1 meter dan sebagainya.


Shot dari Tmn. Rekreasi Cyberjaya pemandangan terus ke Admin Block MMU. Satu ialah shot Macro ON manakala satu lagi ialah shot Macro OFF berserta Spot Focus 1 meter.


Terdapat beberapa shot yang berkaitan waktu senja.
Shot senja yang diambil secara focus kan terlebih dahulu kepada matahari yang hampir tenggelam, kemudian terus rendahkan lensa ke arah pemandangan. Pada hakikatnya, cuaca belum lah senja tetapi teknik tersebut berjaya mengambil foto semacam senja merah...

Untuk mendapatkan sentuhan kreaktif (agaknya), so dedaunan pokok dimasukkan secara peratusan 60% hingga 70% dari keseluruhan shot. Mungkin agak berlebihan.


Shot yang sama seperti foto sebelumnya tetapi dedaunan pokok diketepikan kali nie.


Masih di Tmn. Tasik Cyberjaya...aksi Haslizan di rakamkan dipenghujung bangunan. Sedang beraksi bersama kamera DSLR-nyer.


◄ Read More ►
Posted by Tintamaya on
0 comments
categories: | | edit post



Jam tangan yang dihadiahkan oleh wife sempena perkahwinan...

Shot tanpa guna Flash....sengaja shoot dari sudut tepi, tanpa editing...masa shot nie, baru-baru lagi beli Digital Camera...so nak test lah kebolehan camera dan kebolehan diri...

Yang bawah nie pulak ialah shot dengan bantuan Flash...sedikit kesimpulan dapat dibuat ialah, penggunaan Flash agak mencantikkan foto terutama bagi item yang diperbuat dari besi.

◄ Read More ►
Posted by Tintamaya on
0 comments
categories: | | edit post

3 Nov 2007 yang lalu, team TAVAC berpeluang untuk membantu dari segi meraikan dan membawa anak-anak yatim dari Yayasan Pembangunan Nur Hikmah, Kajang ke Majlis Aidilfitri di Pernim Cheras.

Keseluruhan MPV Avanza yang terlibat adalah sekitar 30 buah, di bahagikan kepada 3 kumpulan:-

Kumpulan pertama incharge membawa penghuni Asrama Penyayang Nur Iman AQ 1 Jalan Bakubang Taman Setapak 53100 Kuala Lumpur, Kumpulan kedua mengambil penghuni Persatuan Kebajikan Darul Najjah No 3 Jalan Kent 2 Off Jalan Maktab,Kuala Lumpur dan team kami (Kumpulan Ketiga) mengambil penghuni
Yayasan Pembangunan Nur Hikmah, Kajang.

Mereka semua di bawa menaiki kenderaan Toyota Avanza milik ahli kelab TAVAC....gelagat mereka sungguh menceriakan....pelbagai karakter datang dari setiap anak-anak yatim yang dibawa....kelihatan mereka sungguh ceria dan seronok.

Anak-anak yatim ini perlu dibawa dan berkumpul di Pernim, Cheras dimana semua gabungan anak-anak (dari pelbagai tempat) akan di raikan serentak. Walaupun mereka nie tiada beribu bapa, tapi hidup tetap mereka teruskan.

Team TAVAC merasa puas dapat membantu, dan sentiasa bersedia dan akan terus membantu dimana yang berkemampuan dan berkebolehan.

Pendapat peribadi saya, kita, semua insan sepatutnya insaf dengan rahmat dan rezeki yang di berikan oleh Allah Taala dan sewajarnya kita saling bantu membantu insan² yang tidak bernasib baik.


Foto:Sebahagian dari beratus anak-anak yang di raikan.

◄ Read More ►
Posted by Tintamaya on 2007-11-04
0 comments
categories: | | edit post