Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2007-12-12

Training@Langkawi

Training nie ialah pada 12 December 2007 di Berjaya Resort, Pulau Langkawi. Training dianjurkan oleh pihak Suria. Bos mintak aku attend bersama dengan Mr Wong (Wong Ming Wai).

Pergi ke sana by flight (MAS Airlines). Dalam sekitar jam 5:00 pagi dah kena bangun untuk make sure dapat sempat to the ERL Putrajaya. Mujur kami berdua sempat, dapatlah naik ERL sekitar jam 6:30 pagi. Nak diikutkan, mesti sampai di KLIA jam 8:30 pagi. Dalam ERL tersangguk-sangguk melayankan ngantuk.

 
Tunggu ERL dari stesen Putrajaya




Perjalanan by flight dari KLIA ke Langkawi ambil masa exactly 1 hour. Cuaca menarik dan cerah. Captain penerbangan sekali-sekala buat announcement. Total announcement adalah dalam 3 kali. Kelajuan maksima dikatakannya dalam 800km/jam.Selepas 1 jam berterbangan di angkasa raya - then Touch Down!



Dari airport Langkawi, perjalanan kami semua dipermudahkan melalui 2 buah bas sewa khas. Siap dengan pemandu pelancong, so tak lah boring sangat sebab sepanjang perjalanan, si pemandu pelancongbanyak beri info yang berguna termasuk sejarah Langkawi dan juga info produk Langkawi serta tempat untuk membeli barang yang murah-murah, contohnya di Kuah.

Tempat pertama yang dituju ialah sebuah kampung yang terkenal dengan produk gamatnya. Ditunjukkanlah tempat memasak gamat....

 
Proses memasak Gamat



Ah Wong di tempat perusahaan Gamat

Membeli belah chocolate di Pekan Kuah. Pasaraya nie di syorkan oleh pemandu pelancong kami.Katanya sini yang paling murah

Destinasi seterusnya di Oriental Village Langkawi

 Area restoran-restoran dikumpulkan.

Banyak kedai utk membeli belah pakaian dan barangan perhiasan serta utk kenangan.

 
Mari jalan-jalan tenangkan hati


Tamat jer lawatan kilang buat gamat, terus balik ke chalet. Kami ditempatkan di chalet yang ke arah-arah hutan. Boleh lah rasa semacam ala-ala kampung.


Chalet yang di provide.


Sungguh nyaman suasananya...

Next, ramai-ramai di bawa makan tengahari di restoran Thai.


Sekitaran restoran tempat makan tengahari

Selesai jer makan tengahari, team leader tanya siapa yang nak naik Cable Car.Apa lagi,memang kata "nak" lah...Tak lepaskan peluang ni. Charges per person ialah RM 25.00, dibuka dari 10:00 am hingga 8:00 pm. Ketinggian lebih kurang 650 metre dari paras laut.

Ramai orang, beratur panjang, tunggu sampai lebih dari sejam ! Orang beratur dari bawah sampai ke atas. Bayangkanlah berapa lamanya.


Nie lah dia "Gondola" - transportation yang membawa kami naik ke atas Gunung Mat Chincang


Mechanical dan roda-roda yang menjalankan sitem Cable Car

Suasana cable Car dah start meninggalkan Stesyen Utama. Seram sejuk rasa masa nie.

 
Pandangan dari atas. Belum diparas ketinggian maximun lagi masa nie.



Suasana di stesyen pertama


Nak sampaikan ke atas tuh, ada 2 stesen kena lalu. Nak sampai ke stesen pertama pun, ada brother yang sama-sama naik pun tak berani pandang ke bawah, inikan pula nak terus naik tinggi lagi ke stesen kedua. Lemah jantung gak rasa beberapa brother yang ikut sama. Kita berkesempatan nampak dengan jelas Telaga Tujuh dari cable car.

Masa nie, saper yg kecut perut, perlu banyakkan bersabar dan better baca ayat-ayat Quran penenang hati

 
Selamat sampai ke ketinggian beratus kaki dari paras laut


Dari ketinggian sebegini juga , dikatakan jika cuaca cerah dan baik, negara Thailand dan Indonesia pun boleh kelihatan.


Pemandangan di stesen kedua.


Jambatan gantung yang hanya berpaksikan sebatang tiang sahaja. Dikatakan dari teknologi Jerman/Perancis. 


 
 Sayup mata memandang ....

 




 
Laluan-laluan utk pejalan kaki.

 
Angin masa nie bertiup sejuk

 


Tinggi  - 710 meter

 
Bisnes urut kaki kat ketinggian 710 meter. Bisnes. bagus utk orang yg kaki dah lenguh.

 
Jalan nak ke jambatan tergantung



Di Berjaya Beach Resort, kalau nak kemana-mana, perlu call transportation, semacam van. Pemandu nya kesemuanya menggunakan walkie talkie utk. memudahkan mengambil visitor dgn. kadar segera dan berdekatan posisi mereka.


Wong menunggu kehadiran van untuk ke pantai.


Anak-anak ikan bermain-main waktu petang di pantai Langkawi

 Bestnyer jalan-jalan kat pantai Langkawi, berangin plak tu...

Ada anak dan bapak sedang berkayak, dari jauh nampak seronok.



Chalet yang menarik

Siput yang sempat di rakam....

 
Berminat ngan Water Sport ?



Dinner di Restoran Rusia - bersebelahan kawasan bot-bot berlabuh.


Next, pada hari kedua di Langkawi, seminar hari pertama dimulakan, berpeluang bertemu staff-staff teknikal IT dan PABX dari kebanyakan universiti di Malaysia. Kebanyakan wakil universiti yang hadir ialah ari universiti yang menjadi pelanggan syarikat Suria (penganjur seminar ini). Ini juga merupakan seminar memperkenalkan produk terbaru mereka sekaligus appreciation kpd kami selaku customer. Juga bertemu ex bos CITS yang lama iaitu En Nasaruddin. Beliau pernah jadi bos CITS semasa aku kerja di ITTM (nama lama sebelum bertukar ke Universiti Multimedia seterusnya menjadi Multimedia University)Pada masa tuh aku lah satu-satunya Technician IT/komputer yang ada di universiti tu (ITTM).

 
Kain rentang menyambut kedatangan kami



Hari kedua di Langkawi, dimulakan dengan hari pertama bagi seminar.

 
Tengah boring² - snap gambar gelas dan botol


 
Pameran gubah buah digubah menjadi bunga.

Tamat seminar. Balik semula ke KLIA ...

Posted by Tintamaya on 2007-12-12

0 comments

Related Posts with Thumbnails